banner 728x250

Saudaraku,Ini Lima Kerugian Yang Tidak Dilakukan Oleh Orang Berpuasa

Drs.H.Suardi Kadjai,M.Pd

1. RUGILAH ORANG YANG BERPUASA TAPI TIDAK BERSAHUR

Daripada Anas ra bahawa Nabi saw bersabda :

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً”
Bersahurlah Kamu
sesungguhnya Sahur itu Ada keberkahan
( HR Bukhari Muslim )

Daripada Amru bin Al-‘As, Rasulullah SAW bersabda :

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ
Perbezaan diantara Puasa Kita Dengan puasa ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani ) ialah Pada Makan Sahur.”
( HR Muslim )

2. RUGILAH ORANG YANG BERPUASA TAPI TIDAK BACA AL-QURAN

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang Pada Hari Kiamat sebagai syafaat Kepada Para pembacanya”
( HR Muslim )

3. RUGILAH ORANG YANG BERPUASA
TAPI TIDAK BERDOA LEBIH² LAGI WAKTU
BERBUKA

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
“Tiga golongan Doa Mereka Tidak Akan ditolak : Imam Yang adil, Orang Yang berpuasa sehingga dia berbuka* Dan Doa Orang Yang dizalimi”
( HR Ibn Majah )

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi Orang Yang berpuasa itu Ketika dia berbuka Doa Yang Tidak Akan ditolak
( HR Ibn Majah )

4. RUGILAH ORANG YANG BERPUASA TAPI TIDAK BERSEDEKAH

Nabi SAW Adalah insan Yang paling pemurah di bulan Ramadan. Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata :

َكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجودَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ ….
Rasulullah SAW Adalah Orang Yang paling pemurah berbuat Kebajikan, terutama di bulan Ramadan.
( HR Muslim )

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Sesiapa Yang memberi Makan Kepada Orang Yang berpuasa dia Akan mendapat Pahala Yang sama Dengan Orang Yang berpuasa Dalam Keadaan Pahala Orang tersebut Tidak berkurangan sedikit pun.
( HR Ahmad, Tarmizi Dan Baihaqi )

5. RUGILAH ORANG YANG BERPUASA TAPI TIDAK MENJAGA MULUTNYA

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :

الصِّيَامُ جُنَّةٌ ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّى صَائِمٌ
Puasa Adalah perisai, maka barang siapa sedang, berpuasa janganlah berkata keji Dan mengumpat, Jika
Seseorang mencela atau mengajaknya bertengkar hendaklah Dia mengatakan : Aku Sedang berpuasa.
( HR Bukhari )

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW :

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه
Barangsiapa Yang Tidak meninggalkan perkataan keji ( dusta ) serta mengamalkannya, Maka Allah Tidak berhajat Orang itu meninggalkan Makan Dan minumnya ( Riwayat al-Bukhari )

Alfaqir. H. Suardi Kandjai